FB AiNi.Canvas

Tuesday, 11 March 2014

Kerana dia (Kapten Noruddin Abdul Majid) membuatkan saya ingin bercerita.

Preview- info Kakinovel FB source TV3 



Kehilangan MH370 | Kembali Kepada Pencipta Alam

Host: "Tapi, apa bacaan kpt. daripada titik akhir (radar pesawat Boeing 777 MH370) itu?"
Kpt. Noruddin: "Hilang!"
Host: "Kemana?"
Kpt. Noruddin: "Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA"

Host: "Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?"
kpt. Noruddin: "ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA. Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
Host: "Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?"
Kpt. Noruddin: "DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU"

Kapten Noruddin Abdul Majid
~ Juruterbang Boeing 777 MAS




Then Cerita saya,

Saya teringat suatu kisah dari cikgu saya semasa sekolah dulu. Sedang kami rancak berbincang kewujudan dunia lain di alam ghaib yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Cikgu mula membuka satu kisah benar,

Sekolah yang saya pun sudah lupa namanya... telah mengadakan satu aktiviti perkhemahan di dalam hutan, biasa la, sampai di hutan ,kene pasang khemah, cari kayu , buat unggun dan semua lah..dan mula lah menjelang magrib, si ketua-ketua abang ni mula lah pangil semua berkumpul solat magrib berjemaah bersama-sama. Yang si kawan ni.. watak utama cerita ni.nama dia shafiq kot..tu je yang saya ingat, dia dan kawan dia kene pastikan semua budak-budak ke surau..mungkin mereka ada bina khemah yang besar di panggil surau ke ape ke tak tahu la.mungkin area perkhemahan tu disediakan surau ke.. 
si shafiq ni cakap kat kawan dia," xpe kau pergi surau dulu, aku nak check ada tak budak-budak yang tertinggal lagi.."

Dia pun check la...after semua clear dia pun nak pergi lah..tetibe dia dengar azan..dan dari jauh macam ada surau dan dia nampak ada beberape orang berjubah putih pergi ke surau tu.
dalam hati terdetik..penduduk tempatan kot.dia pun pergi la ke surau tu..selepas solat.dia tengok semua kt situ dan tiada seorang pun dia kenal.dia diam dan tunggu isyak.lepas isyak ada sorang lelaki tua datang tepuk bahu dia. tanya dia siapa, duduk kat mana, dia pun sembang-sembang la dengan orang tu...tetibe2 dia rasa gantuk sangat dan terus tertidur.

Bangun-bangun dia sudah ada kat hospital.First yang jadi, dia mula meracau , dia cakap dia nampak tu nampak ni..family dia semua risau, then ayah dia panggil ustaz yang selamat kan dia..ustaz tu cakap hijab dia dah terbuka.dan keistimewaan ini dia tak dapat nak bawa.Caranya, ustaz tu kene pergi hutan tu semula minta orang bunian tu tarik balik keistimewaan tu.

Nak tarik tu bukannya senang, orang bunian tu cakap si shafiq ni baik dan dia layak dapat keistimewaan tu. selepas di pujuk-pujuk barulah keistimewaan tu ditarik dan shafiq ni kembali normal.

Semasa kejadian,

Kawan shafiq ni dan semua budak-budak perkhemahan solat macam biasa, selepas solat..kawan shafiq ni cari dia.tak muncul-muncul..malam tu mereka beramai-ramai cari tapi tetap tak jumpa..pagi tu buat laporan bagai semua..perhilitan, orang ramai, polis, bomba tolang mencari juga tapi tetap tak jumpa-jumpa..yang kawan dia dah rasa bersalah sangat-sangat sebab tinggalkan si shafiq ni sorang-sorang.

Then selepas seminggu...semua dah stop mencari, mereka beri alasan mungkin si shafiq dah kene makan dengan binatang buas. ayah si shafiq tak puas hati sebab dia rasakan anak dia ni ada lagi.minggu berikutnya ayah shafiq datang bawa alim ulama ustaz-ustaz datang cari anak dia.dan si ustaz ni pun cakap la si shafiq ni di sorok bunian.kene cepat jika tidak mereka tidak akan jumpa si shafiq ni lagi.
Dengan kuasa Allah SWT..si shafiq ni pun muncul dengan keadaan tak terurus kering, kurang air dan tergantung pengsan pada dahan pokok. ayah dia dan ustaz-ustaz tu selamatkan dia dan terus bawa ke hospital.

Ustaz tu ada cakap..kalau ayah si shafiq ni lewat minta tolang, orang bunian ni dah ambil si shafiq ni jadi menantu. Allah lebih mengetahui dan doa ayah shafiq ni termakbul.tu yang dapat balik si shafiq ni.

Si shafiq ni pula..dia terkejut, bangun jer dari tidur dia nampak macam-macam makhluk aneh dan menakutkan.semua tempat ada..dia jadi trauma dan meracau.sekarang dia dah pulih dan tak nampak lagi semua tu. 

saya tanya cikgu saya..mahluk macam mana si shafiq tu nampak..cikgu dengar cerita yang si shafiq ni nampak mahluk loncat-loncat atas pagar, ada yang berkepak terbang-terbang macam-macam la.cikgu jadi takut bila dengar..cikgu ada cakap lg makhluk yang loncat-loncat tu loncat macam katak kt atas tembok.Tak tahu la macam mana si shafiq ni bercerita kan..kalau da meracau sangat-sangat tu..memang makhluk tu sangat gerun la kan.umm...

Moral Of story:

tak tahu la dapat membantu ke tak.. info yang dapat saya rungkaikan kt sini..

1. diantara time magrib dan isyak orang bunian tu..adalah bersamaan 2 minggu dengan alam kita..kn?

2. Doa family adalah yang terbaik dan usaha family adalah yang terbaik dari usaha orang luar..mungkin pertalian darah , keyakinan , harapan dan kepercayaan tu yang membawa shafiq pulang.

3. Ada banyak alam dan makhluk kat dunia ni yang kita tak tahu, jadi orang cakap..jagalah adab dan tingkah laku. Tp problemnye si shafiq ni baik..pun kene juga..mungkin dia dapat bunian yang baik..wallah hualam.

4.Jangan tanya saya siapa uztaz tu sebab saya pun tak tahu.yang saya tahu cerita ni benar la..biasa la pengalaman kempen sekolah kt dalam hutan kan..macam2 ada..cuma sampai tak sampai jer.

5.Si Shafiq tu pun saya tak kenal..huwaa....

baca boleh tp tak tahu la nak percaya atau pun tak..tapi....doa semoga semuanya ok.amin.




Saya doa semoga si kapal terbang kembali dengan baik-baik.
saya doa lagi..semoga semua orang dalam flight tu tidur dan tak kene macam si shafiq.kalau nak kene pun..biar la insan-insan yang terpilih semoga insan-insan ini terasa betape besarnya kuasa tuhan.Allah Maha Besar. dan menjadi pedoman kepada semua.amin.





Friday, 7 February 2014

Henna @ Inai di hari Perkahwinan 22/12/2013




Hukum Pemakaian Inai Mengikut Syarak.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Pemilihan corak inai untuk perkahwinan saya.

 Dulu tidak terlintas pun nak ada corak-corak design henna ni. Yang tahu pakai inai biasa je. tapi..tapi....setelah melihat Ayu Raudah kahwin, mula lah berkeinginan nak henna dengan corak yang cantik-cantik ni..pengaruh sangat kan?


henna yang cantik, membuatkan wajah lebih berseri.


 Bermula dari situ, saya bernazar, nanti adik saya and saya kahwin, saya akan usahakan juga untuk dapatkan henna yang cantik. Adik saya Shikin akan berkahwin pada 3 march 2013. jadi after dia tunang ada awal november 2012, terus saya ajak bf @ kery jalan-jalan sambil intai-intai di mana ada pakar membuat inai yang cantik.

 Tempat dating kami, kebanyakkannya di S.Alam coz kat situ tempat kami study dulu. UiTM Shah Alam.saya grade nov 2010 tp kery  grade oct 2011 macam tu. jadi banyak masa kami berjumpa di Shah Alam la jawabnya. Dia menyewa pun kat sana.

Akhirnya Jumpa Satu.

 Berjalan ke Tesco Extra dekat dengan roundboard Persiaran Tengku Ampuan, Persiaran Kayangan. Parking then masuk dalam Tesco tu, pergi ke tingkat atas.kt pintu Selamat Datang. Mak Cik yang buat henna tu ada kat situ, dia pakai henna tiub. ni henna kami yang assistant dia buatkan.


 Tangan saya sebelah kanan yang ada 3 kuntum bunga, kat tengah tangan kakak ipar Nani ada 2 kuntum bunga dan yang last tangan adik saya Shikin ada sekuntum bunga. satu tangan untuk corak saja dia charge rm5.00. untuk 2 tangan rm10. untuk kaki mahal.dia charge rm15 utk satu kaki. katanya coz kaki besar.untuk kat hujung jari pun charge lain.tp tu kami buat sendiri je.

 Kenapa saya 3 kuntum?coz saya lah orang yang terakhir dia inaikan. jadi mood dia macam bagus ..dia terus nak buat corak banyak-banyak kat tangan saya. Saya pun pasrah je la.haha.. asal cantik saya suka. ^_^

2nd Henna for Big Day.

 Untuk wedding saya pula pada 22 disember 2013, saya bercadang nak buat pada kedai yang sama, tapi adik lelaki saya Amad ajak buat kat Jalan Masjid India KL, dia cakap kat situ ada ramai indian girl boleh buatkan inai cantik-cantik. dalam hati risau takut tak cantik or takut nanti nampak macam Bollywood sangat. walhal saya ni simple-simple jer. dalam hati yang gusar, saya redhokan je. ikut je la.

 Pada 20 disember 2013, dengan hujan yang renyai-renyai, after maybank and kedai-kedai yang banyak jual tudung kat situ ada Indian-indian girl duduk atas kerusi plastik dengan bersari sambil kunyah Sireh..opps bukan girl tapi untie-untie.. dia cakap..mau buat inai adik, murah-murah satu tangan lima ringgit. 
 Saya pun cakap boleh la..sua kan je la tangan dengan demand cakap " i nak yang simple-simple je tau" dia cakap boleh. Kakak or untie yang macam moden sikit tu pun ambil tangan saya dan lukis inai. Mungkin tertera di riak wajah saya yang bermuka kan risau teramat la kot, dia pun mula cerita yang dia buatkan Henna untuk Siti Sarah Raisudin.

tak nampak sangat inai dia kan.

 Kakak tu cakap lagi, dia pun buatkan Liyana Jasmay punya. After saya dengar tu, sejuk lah hati coz pada saya cantik juga Liyana Jasmay punya inai. Cuma crowded je lah. tak minat. tapi finishing inai dia kemas.

crowded kan?

After dia siapkan inai saya, saya terdiam dan terus puas hati. total dua tangan sekali dengan hujung jari rm35.ok lah..cantik and kemas. tapi bunga dia nampak macam kotak sikit. ke saya yang cerewet?hahaha

Henna @ Inai saya.

Akak or untie Indian tu cakap, dia boleh pergi ke rumah tapi kene amik pakej rm150 untuk 3 orang, satu pengantin, 2 pengapit. pengantin tangan dan kaki dia buatkan. Nombor telifon dia saya lupa ambil lah.
Maklum lah tangan penuh inai. kalau sesiapa berminat, boleh la jalan-jalan ke Jalan Masjid India. Kalau tak jumpa, tanya orang. Jangan segan bertanya nanti sesat jalan.



Thursday, 6 February 2014

Mula terjebak dengan Blog.

Hi,

Untuk post permulaan, saya cerita tentang saya terjebak dengan blog ni la ya.

Before ini saya ada juga blog..dengan nama yang sama. Ainisham Noin, tapi..
Blog tu banyak sangat merapu-rapu then my husband tak suka.

1. Luahan Perasaan
 Yang mula perkenal kan blog ni..my Friend.. Fauzi, dia bagitau if baca blog ni bagus. Boleh tahu macam-macam ragam dan info-info yang menarik..tapi...tapi..banyak link yang dia bagi..banyak yang menjerumus ke luahan perasaan, nenek mengamuk la..perempuan putus cinta la..lelaki sedih la automatik saya pun terjebak la ke kancah mengunakan blog as luahan perasaan..then..hasilnya...bf a.k.a my husband tak suka..terpaksa hibernate and lastly baru determinate.



2. Share Information
 After that saya nak buat sesuatu yang baru, share something info yang berguna, or share cara pemikiran ke and share knowledge ke. It more better rather then merapu-rapu macam orang gila luah perasaan bagai. Pepatah ada cakap..satu ilmu kita share dengan orang sepuluh ilmu tuhan akan bagi kita. ini baguskan?


3. Side Income
 Kawan baik pun ada bagitau, if kita active dalam blog, kita boleh buat side income..then i tanya mcm mn tu..dia pun tak pasti..after i research puas2 baru saya tahu side income tu datang dari iklan y tetiba keluar kt tepi-tepi page blog kita..lagi ramai orang layari wall kita, lagi ramai la orang akan tengok iklan yang kedip2 kat tepi atas bawah wall tu..lagi banyak la duit si blogger tu dapat. adakah ini menarik perhatian saya?nope..that why la saya still tak active memblogger lagi.

4. Memenuhi masa & baiki penulisan
 Jadi kenapa saya mula memblog kan diri? ini kerana after married pada 22/12/2013.. bf saya telah sah lagi halal untuk menjadi ahli rumah. jadi suami.naik taraf sudah. so dia pasang unifi..then ...saya boleh online sambil tu masa lapang saya tidak la sia-sia.saya boleh menulis dan membaiki cara komunikasi saya..taaaraaaaa....

Penuhi hidup dengan mengunakan technology dengan sebaik-baik yang mungkin...see u all for the next entrance.. doakan saya rajin menulis.amin