Hukum Pemakaian Inai Mengikut Syarak.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Pemilihan corak inai untuk perkahwinan saya.
Dulu tidak terlintas pun nak ada corak-corak design henna ni. Yang tahu pakai inai biasa je. tapi..tapi....setelah melihat Ayu Raudah kahwin, mula lah berkeinginan nak henna dengan corak yang cantik-cantik ni..pengaruh sangat kan?
henna yang cantik, membuatkan wajah lebih berseri.
Bermula dari situ, saya bernazar, nanti adik saya and saya kahwin, saya akan usahakan juga untuk dapatkan henna yang cantik. Adik saya Shikin akan berkahwin pada 3 march 2013. jadi after dia tunang ada awal november 2012, terus saya ajak bf @ kery jalan-jalan sambil intai-intai di mana ada pakar membuat inai yang cantik.
Tempat dating kami, kebanyakkannya di S.Alam coz kat situ tempat kami study dulu. UiTM Shah Alam.saya grade nov 2010 tp kery grade oct 2011 macam tu. jadi banyak masa kami berjumpa di Shah Alam la jawabnya. Dia menyewa pun kat sana.
Akhirnya Jumpa Satu.
Berjalan ke Tesco Extra dekat dengan roundboard Persiaran Tengku Ampuan, Persiaran Kayangan. Parking then masuk dalam Tesco tu, pergi ke tingkat atas.kt pintu Selamat Datang. Mak Cik yang buat henna tu ada kat situ, dia pakai henna tiub. ni henna kami yang assistant dia buatkan.
Tangan saya sebelah kanan yang ada 3 kuntum bunga, kat tengah tangan kakak ipar Nani ada 2 kuntum bunga dan yang last tangan adik saya Shikin ada sekuntum bunga. satu tangan untuk corak saja dia charge rm5.00. untuk 2 tangan rm10. untuk kaki mahal.dia charge rm15 utk satu kaki. katanya coz kaki besar.untuk kat hujung jari pun charge lain.tp tu kami buat sendiri je.
Kenapa saya 3 kuntum?coz saya lah orang yang terakhir dia inaikan. jadi mood dia macam bagus ..dia terus nak buat corak banyak-banyak kat tangan saya. Saya pun pasrah je la.haha.. asal cantik saya suka. ^_^
2nd Henna for Big Day.
Untuk wedding saya pula pada 22 disember 2013, saya bercadang nak buat pada kedai yang sama, tapi adik lelaki saya Amad ajak buat kat Jalan Masjid India KL, dia cakap kat situ ada ramai indian girl boleh buatkan inai cantik-cantik. dalam hati risau takut tak cantik or takut nanti nampak macam Bollywood sangat. walhal saya ni simple-simple jer. dalam hati yang gusar, saya redhokan je. ikut je la.
Pada 20 disember 2013, dengan hujan yang renyai-renyai, after maybank and kedai-kedai yang banyak jual tudung kat situ ada Indian-indian girl duduk atas kerusi plastik dengan bersari sambil kunyah Sireh..opps bukan girl tapi untie-untie.. dia cakap..mau buat inai adik, murah-murah satu tangan lima ringgit.
Saya pun cakap boleh la..sua kan je la tangan dengan demand cakap " i nak yang simple-simple je tau" dia cakap boleh. Kakak or untie yang macam moden sikit tu pun ambil tangan saya dan lukis inai. Mungkin tertera di riak wajah saya yang bermuka kan risau teramat la kot, dia pun mula cerita yang dia buatkan Henna untuk Siti Sarah Raisudin.
tak nampak sangat inai dia kan.
Kakak tu cakap lagi, dia pun buatkan Liyana Jasmay punya. After saya dengar tu, sejuk lah hati coz pada saya cantik juga Liyana Jasmay punya inai. Cuma crowded je lah. tak minat. tapi finishing inai dia kemas.
crowded kan?
After dia siapkan inai saya, saya terdiam dan terus puas hati. total dua tangan sekali dengan hujung jari rm35.ok lah..cantik and kemas. tapi bunga dia nampak macam kotak sikit. ke saya yang cerewet?hahaha
Henna @ Inai saya.
Akak or untie Indian tu cakap, dia boleh pergi ke rumah tapi kene amik pakej rm150 untuk 3 orang, satu pengantin, 2 pengapit. pengantin tangan dan kaki dia buatkan. Nombor telifon dia saya lupa ambil lah.
Maklum lah tangan penuh inai. kalau sesiapa berminat, boleh la jalan-jalan ke Jalan Masjid India. Kalau tak jumpa, tanya orang. Jangan segan bertanya nanti sesat jalan.

.jpg)




No comments:
Post a Comment