Hi,
Rumahku syurgaku, tapi kalau cari barang pun tak jumpa...mana nak rasa syurganya kan?
Di sini saya nak coret cara-cara mengemas rumah untuk diri sendiri dan di kongsi dengan pembaca,
Set satu hari di mana anda free atau bersedia dari segi mental & fizikal untuk menghadap barang-barang di dalam rumah..selalunya mental tak kuat akan mengalah di tengah jalan atau di permulaan dah menyerah & berserah..as usual..sayalah tu...
1. Bangun je dari tidur, pergi bilik air cuci muka, gosok gigi, pergi dapur, masak air, sementara air nak masak, pergi ke bilik, kemas katil, tepuk2 bantal. lipat selimut, tegangkan cadar, kibas-kibas cadar buang pasir atas tilam.
2. Ke ruang tamu, on radio , pilih siaran yang anda suka layan , pergi ke dapur, buat air, ambil sarapan yang ringan-ringan seperti biskut. sebelum minum air, bawa baju kotor, masuk dalam mesin cuci kain, letak sabun & on mesin cuci. sambung sarapan.
3. Selepas sarapan, basuh semua pinggan mangkuk kotor di singki, kasi berkilat. after tu.. sediakan bahan-bahan cuci bilik air. mulakan dengan jamban. lepas tu lap2 perkakas dan cermin dalam bilik air tu, akhir sekali baru lantai, time ni, bolehlah selepas cuci bilik air, terus mandi.
4. ok, dah mandi , wangi..jangan wangi sangat, nanti malas nak kemas rumah. wangi bagi diri segar-segar saja. kain mesti dah selesai cuci. ok boleh sidai.
5. selepas tu, menuju ke dapur,
susun barang-barang dapur (ini leceh sikit), kene susun ikut kategori
a) garam , gula, kunyit , asam keping,
b) ajinamoto, lada sulah, serbuk perasa , jintan manis , jintan hitam, bunga lawang , bunga cengkih, kulit kayu manis, dll
c) rempah-ratus serbuk kari, serbuk kurma, tepung gandum, tepung jagung, tepung beras .
d) si botol-botol , ketchup, sos cili , sos tiram, madu, sos lada , minyak bijan
e) air berperisa sirap, laici , jagung , jus limau, sediakan bekas untuk kopi, nescafe & teh , 3 in 1, letak hampir dengan peralatan elektrik
( jug kettle, toaster, peti sejuk , blander , rice cooker , oven)
f) bawang merah, bawang besar, bawang putih, lengkuas, serai , halia, kunyit hidup , kentang
(letak di kawasan yang banyak menerima cahaya matahari)
g) barangan tin, susu pekat manis, susu cair, laici , cendawan , jagung, spaghetti sos (ini boleh simpan di dalam laci)
g) barang asas , beras , spaghetty, bihun kering, meggi, keropok belum goreng,
h) kudap-kudapan , biskut, keropok , gula-gula
susun barang-barang peti sejuk
a) sejuk beku :ais ketul , nugget , tempura, sosej , ayam, ikan, kentang, ais krim
b) ikan masin, belacan, udang kering , ikan bilis,
c) tempoyak ,jem-jem , majerin
d) makanan semalam termasuk kek
e) sayuran (kobis , sawi , bayam, brokoli , cili padi) bungkus dalam plastic bagi kembung,
6. Susun peralatan pula,
a) cawan , pinggan & mangkuk selalu guna, letak dekat dengan sinki. yang jarang guna, letak dalam almari atau susun cantik, jauh sikit dari kawasan selalu guna.
b) susun sudu, sudip , senduk , garpu dilama satu bekas. dan sediakan bekas untuk pisau juga.
c) letak alas pemotong hampir dengan sinki supaya senang dicapai.
d) susun kuali, periuk di tempat yang sesuai.
e) susun bahan-bahan pencuci di bawah sinki.
f) sediakan tempat bagi menyusun alatan cucian, seperti mop, penyapu, penyodok, baldi.
g) sediakan tong sampah yang berplastic di sebelah sinki bagi memudahkan membuang sisa makanan.
7. Lap meja, lap dapur memasak, last baru sapu sampah di dapur.
8. Rehat sekejap, lepas tu, ambil semua langsir, cuci guna mesin basuh.
8. Ruang tamu, lap kipas dan lampu, buang sawang, tepuk-tepuk sofa, susun bantal kemas-kemas, susun surat khabar & majalah, lap perabut, tv juga, last baru vacuum or sapu sampah rumah.
9. Kemas bilik, buang sawang, lap kipas & lampu, baju kotor kumpulkan, bawa ke mesi cuci & cuci, susun buku, kemas-kemas meja solek, lipat kain, baju tak selalu guna, boleh bagi orang.sedekah. dan yang terakhir baru sapu sampah.
10. last sekali, lap cermin dan tingkap.hilangkan debu-debu, barulah gantung langsir baru yang telah bersih, kemudian susun kasut di luar rumah, sapu halaman.
11. Sidai langsir yang baru di cuci tadi.
11. kalau rajin, boleh lah mop lantai satu rumah.









