22 Disember 2013,
Maka pada hari itu saya telah sah menjadi isteri kepada lelaki yang saya sangat suka..
Sebelum berkahwin, orang akan tanya
"kau bila lagi?"
Selepas berkahwin.. orang akan tanya "da ada isi?"
haa.. itulah dia... Peneman hati mommy.
26 Disember 2013..
cik abang dah mula sibuk bekerja, kami mula berbulan pada 30 Januari 2014. di Pulau Pangkor, dengan harapan dapatlah baby Pangkor..tapi harapan tingal harapan..
Selepas kahwin, saya akan mengalami senggugut teruk. Mulanya fikir mungkin ada baby..tp period tetap keluar.. sengugut or period pain yang sangat teruk sampai tak daya nak bangun..en.suami risau. Perut pula mcm org preggy.
Mac 2014
Awal bulan mac en.suami ajak pergi scan kat Klinik An-Nisa Seksyen 7 sederet My Mydin market. Dia bawa ke klinik tu sebab doktor kat situ perempuan.
Scan punya scan, doktor bagi ubat tahan sakit total rm90.Mahal kn?..
Tapi itu bukan punca hati saya sedih, yang buat sedih..doktor kesan ada fibroid..time tu la juga saya terus men google..apakah itu???
Rupanya fibroid tu satu ketumbuhan di rahim. Bukan cancer tetapi mcm ada isi.
Doktor ckp..saya dah ada sejak kecil tapi selepas kahwin baru aktif.
Benda tu juga yang membuatkan saya sukar hamil + sakit sengugut yang kuat.
Mulanya sangat bersedih sebab doktor tak bagi apa-apa ubat pun. Saya tanya knape?
Doktor jawab sebab dia takut sebarangan ubat akan membuatkan fibroid tu lagi besar.
Saya terdiam.. saya berusaha untuk cari ubat. Saya mula men google.
April 2014
Jumpa lah Lumiglow..
Sanggup beli ni..harga rm198.. bagusnya bila pakai..sengugut dah tak kuat dah tapi tetap ada... Saya tak puas hati, saya google lagi, cari ubat yang sesuai...
May 2014
Orang nasihat pergi berurut..maka hasil carian tukang urut.
Saya jumpa la Mak Cik Han duduk kat Kayu Ara Damansara.
Dia urut, dia ckp semua ok cuma ada mcm biji mcm kertas dlm rahim..
Dia suruh minum jus kunyit putih + temulawak + gula merah setiap malam. Kemudia tuam kt perut dengan batu sungai yang di panaskan...tapi.. setiapkali period pun sakit senggugut juga..
Jun 2014
Time tengah sakit tu..saya mengoogle lagi.
Time tu period dah lewat 5 hari.sebelum period tu kami sekeluarga berjalan kat Langkawi..time sakit tu ingat gugur ke ape ke.
ok google punya google.sampai la jumpa GLA Shaklee..
Orang jual mahal2 rm145 macam tu..punyalah sedih..setiap bulan asyik keluar duit lebih dari seratus utk sembuh..
doa punya doa..tetibe ternampak page kawan time sekolah. Dia doktor kt Hospital Sg.Buloh..dan yang lagi happy dia agent Shaklee.
Dia jual kat saya murah bawah seratus..tq Maryam.
Selepas makan tu dengan Asid Folik..saya dah kurang sakit.
Julai 2014
Period still lewat seminggu juga. tapi tak la sakit mcm selalu..
Mulanya ingat lekat la (ada baby) ..
Berangan ni nak puasa penuh sebulan..tapi bukan rezeki.Allah tak bagi lagi.dengan hati sedih.redho jela.
Time raya tengok orang mengandung..senyum je.bila org tanya cakap insyaAllah tunggu Allah bagi.
Ogos 2014
Period tak datang lagi..ubat GLA shaklee saya re-oder lagi.
Then en.suami minta saya wat UPT (Urine Pregnant Test) then Alhamdullillah.Amin ^_^
hi #penemanhatimommy
Hujung bulan 8, saya berdarah, mulanya ingat biasa sahaja..apabila lebih tiga hari, masih berdarah macam period, saya dan en.suami pergi klinik kesihatah Kelana Jaya, dari klinik, di tukar ke wad kecemasan hospital Sg. Buloh.
Time scan, baby masih berdenyut, doktor suruh saya bertahan dan buat macam biasa, doktor bagi tarikh lagi 2 minggu datang Hospital semula untuk pantau.
Darah tetap keluar, banyak dan saya mula keletihan.. semasa pergi hospital untuk temujanji yang kedua, doktor lain pula..Dia nasihat, saya berdoa untuk baby keluar secara semulajadi..kerana baby ni boleh membuatkan kesihatan saya terjejas.
Time tu, saya terdiam..terkedu..tak tahu nak buat macam mana, bincang dengan suami..macam mana? nak dapat baby punya susah, lepas tu kene gugurkan pula.
En.suami nasihat, tak apa, kita gugurkan dia.dan buat yang baru.InsyaAllah mesti ada rezeki.
September 2014
Kerana saya tekanan perasaan sekejap,
Manalah saya tahan lihat darah sentiasa mengalir keluar dengan aliran yang banyak hampir setiap hari..
Malam tu saya minum air coke..
kemudain baby tu pun keluar. Macam satu ketul daging sebesar tapak tangan.
Dalam ada macam telur bulat warna kuning keemasan. Cantik, kelihatan ada urat-Urat darah halus.
Yup, Saya keguguran..ia bukan rezeki kami.
Kami suami isteri pandang, sayu hati..En.suami ambil, balut dengan tisu, tanam dekat kubur arwah mak kat Kota Damansara.
InsyaAllah, pasti ada yang lebih baik.Ameen.



No comments:
Post a Comment