Monday, 19 January 2015
Kalendar 2015 PERCUMA!!!
Hi semua,
AiNi Canvas
Saya baru buka syarikat AiNi.Canvas,
kami lebih fokus kepada rekaan kad perkahwinan.. harga, insyaAllah, murah dan puas hati.
Tapi, untuk perkhidmatan rekaan yang lain juga kami ada sediakan, contohnya bunting , logo, kad nama , sticker dan sebagainya,
Untuk tahun baru 2015,
Saya telah buat satu rekaan kalendar yang comel, sesuai untuk kanak-kanak perempuan, al-maklum lah, empunya diri ni meminati sesuatu yang cantik dan comel-comel..jadi layankan saja.
Yang istimewanya kelendar ni..saya tambahkan tahun Hijrah, senang lah nanti nak rangka ganti puasa kan.hihihi..
Bukan tu sahaja, cuti-cuti sekolah dan cuti umum pun ada..suka tak?
Mulanya kalendar ni untuk di jual, sebagai kalendar meja. tapi..tapi.....
cari punya cari pembekal percetakan..harga untuk 100 unit lebih dari RM20..
"Manalah ada orang nak beli kelendar mahal-mahal..orang sekarang nak FREE je "
ayat en.suami..luluh lah hati ni..
tak apalah, kami sedekah....insyaAllah hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..
Bawah ni kelendar AiNi.Canvas
Saya reka dengan penuh rasa cinta ni...al-maklum lah..untuk kegunaan sendiri juga..
Cantik pada saya, terbaik untuk anda.
Harap, anda menghargai dan suka dengan rekaan saya.
InsyaAllah.Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment