FB AiNi.Canvas

Wednesday, 28 January 2015

Cara Mengemas Rumah

Hi,

Rumahku syurgaku, tapi kalau cari barang pun tak jumpa...mana nak rasa syurganya kan?

Di sini saya nak coret cara-cara mengemas rumah untuk diri sendiri dan di kongsi dengan pembaca, 

Set satu hari di mana anda free atau bersedia dari segi mental & fizikal untuk menghadap barang-barang di dalam rumah..selalunya mental tak kuat akan mengalah di tengah jalan atau di permulaan dah menyerah & berserah..as usual..sayalah tu...

1. Bangun je dari tidur, pergi bilik air cuci muka, gosok gigi, pergi dapur, masak air, sementara air nak masak, pergi ke bilik, kemas katil, tepuk2 bantal. lipat selimut, tegangkan cadar, kibas-kibas cadar buang pasir atas tilam.

2. Ke ruang tamu, on radio , pilih siaran yang anda suka layan , pergi ke dapur, buat air, ambil sarapan yang ringan-ringan seperti biskut. sebelum minum air,  bawa baju kotor, masuk dalam mesin cuci kain, letak sabun & on mesin cuci. sambung sarapan.

3. Selepas sarapan, basuh semua pinggan mangkuk kotor di singki, kasi berkilat. after tu.. sediakan bahan-bahan cuci bilik air. mulakan dengan jamban. lepas tu lap2 perkakas dan cermin dalam bilik air tu, akhir sekali baru lantai, time ni, bolehlah selepas cuci bilik air, terus mandi.

4. ok, dah mandi , wangi..jangan wangi sangat, nanti malas nak kemas rumah. wangi bagi diri segar-segar saja. kain mesti dah selesai cuci. ok boleh sidai.

5. selepas tu, menuju ke dapur,
susun barang-barang dapur (ini leceh sikit), kene susun ikut kategori

a) garam , gula, kunyit , asam keping, 

b) ajinamoto, lada sulah, serbuk perasa , jintan manis , jintan hitam, bunga lawang , bunga cengkih, kulit kayu manis, dll

c) rempah-ratus serbuk kari, serbuk kurma, tepung gandum, tepung jagung, tepung beras .

d) si botol-botol , ketchup, sos cili , sos tiram, madu, sos lada , minyak bijan

e) air berperisa sirap, laici , jagung , jus limau, sediakan bekas untuk kopi, nescafe & teh , 3 in 1, letak hampir dengan peralatan elektrik 
( jug kettle, toaster, peti sejuk , blander , rice cooker , oven)
 
f) bawang merah, bawang besar, bawang putih, lengkuas, serai , halia, kunyit hidup , kentang 
(letak di kawasan yang banyak menerima cahaya matahari)

g) barangan tin, susu pekat manis, susu cair, laici , cendawan , jagung, spaghetti  sos (ini boleh simpan di dalam laci)

g) barang asas , beras , spaghetty, bihun kering, meggi, keropok belum goreng,

h) kudap-kudapan , biskut, keropok , gula-gula

susun barang-barang peti sejuk

a) sejuk beku :ais ketul , nugget , tempura, sosej , ayam, ikan, kentang, ais krim

b) ikan masin, belacan, udang kering , ikan bilis,

c) tempoyak ,jem-jem , majerin

d) makanan semalam termasuk kek

e) sayuran (kobis , sawi , bayam, brokoli , cili padi) bungkus dalam plastic bagi kembung, 

6. Susun peralatan pula,

a) cawan , pinggan & mangkuk selalu guna, letak dekat dengan sinki. yang jarang guna, letak dalam almari atau susun cantik, jauh sikit dari kawasan selalu guna.

b) susun sudu, sudip , senduk , garpu dilama satu bekas. dan sediakan bekas untuk pisau juga.

c) letak alas pemotong hampir dengan sinki supaya senang dicapai.

d) susun kuali, periuk di tempat yang sesuai.

e) susun bahan-bahan pencuci di bawah sinki.

f) sediakan tempat bagi menyusun alatan cucian, seperti mop, penyapu, penyodok, baldi.

g) sediakan tong sampah yang berplastic di sebelah sinki bagi memudahkan membuang sisa makanan.

7. Lap meja, lap dapur memasak, last baru sapu sampah di dapur.

8. Rehat sekejap, lepas tu, ambil semua langsir, cuci guna mesin basuh.

8. Ruang tamu, lap kipas dan lampu, buang sawang, tepuk-tepuk sofa, susun bantal kemas-kemas, susun surat khabar & majalah, lap perabut, tv juga, last baru vacuum or sapu sampah rumah.

9. Kemas bilik, buang sawang, lap kipas & lampu, baju kotor kumpulkan, bawa ke mesi cuci & cuci, susun buku, kemas-kemas meja solek, lipat kain, baju tak selalu guna, boleh bagi orang.sedekah. dan yang terakhir baru sapu sampah.

10. last sekali, lap cermin dan tingkap.hilangkan debu-debu, barulah gantung langsir baru yang telah bersih, kemudian susun kasut di luar rumah, sapu halaman.

11. Sidai langsir yang baru di cuci tadi.

11. kalau rajin, boleh lah mop lantai satu rumah.



Wednesday, 21 January 2015

Kad Kahwin murah

Hi semua,

AiNi.Canvas ada menyediakan perkhidmatan rekaan kad kahwin (kad jemputan perkahwinan/ kad undangan perkahwinan),

Dimana harganya murah, rekaannya ringkas , jelas & ada gaya tersendiri.

AiNi.Canvas lebih kepada rekaan kad jenis Poskad (satu keping), tapi kalau nak lipat pun boleh..

Saiz yang ramai orang minta 90 x 210mm (9 x 4inci).
Kami ada juga sediakan saiz 90 x 140mm (6 x 4inci)

Material yang digunakan ialah art card 260gsm.

Harga sangat berbaloi, gaya rekaan boleh di minta, tapi untuk edit (tukar-tukar info, warna, corak, dan sebagainya ) hanya 5 kali sahaja.. lebih dari itu, ada kos tambahan..

Kalau berminat mana-mana rekaan grafik kad jemputan perkahwinan di website, tunjuk saja pada kami, kami boleh rekakan..tapi tak boleh la ikut bulat-bulat sangat, sebabnya, setiap designer ada identitinya.. InsyaAllah anda pasti akan suka & puas hati.

Di bawah ni contoh-contoh saiz dan harga mengikut kuantiti.

Ini pakej untuk saiz 90x210mm (9x4 inci)

 

Pakej ni, ramai orang suka. dalam satu kad, boleh muat dua majlis juga tau.


Ada orang tak nak kad 1000pcs, jangan risau, kami ada sediakan untuk 500pcs juga..300pcs pun ada, tapi tak ramai yang nak 300pcs, paling minimum orang tempah 500pcs.

Ini pakej untuk saiz 90x140mm (6x4inci)

  Ini harga pakej untuk 1000pcs, murah rm400 + percuma sampul , bunting 2x5kaki dengan rekaan undangan di FB (Facebook)

Ini pula pakej untuk 500pcs, beza dengan diatas ada 2 bunting, 500pcs & 300pcs hanya dapat 1 bunting sahaja.


Ini pakej untuk kad lipat  90x140mm (6x4inci) 
bila buka lipatan jadi saiz 180x140mm (6x8inci)
kad ini semua boleh muat dua majlis  (dua peta)

Pakej Penuh untuk saiz 90x210mm (9x4 inci)

yang ini paling murah, bawah RM1000, semua ada, tak perlu lagi nak fikir gaya dan tema.
kadang-kadang tu majlis orang serabut, ada saja yang tak kene tema, pin badge lain warna, semua lain-lain.

kalau ambil pakej ni, dah tak perlu fikir lain, cuma fikir pelamin, baju pengantin & catering je.

Murah kan?Kalau berminat, whatapps la AiNi.Canvas, tapi pastikan 2 bulan awal sebelum majlis. kalau lewat sangat, tengoklah jika ada rezeki..

Kalau anda betul yakin dan percaya kat kami, jangan segan silu, bagi info-info seperti di bawah,



Segala aktiviti rekaan kad kahwin tidak akan berlaku selagi, info tidak lengkap.

Monday, 19 January 2015

Kalendar 2015 PERCUMA!!!


Hi semua,

AiNi Canvas
Saya baru buka syarikat AiNi.Canvas, 
kami lebih fokus kepada rekaan kad perkahwinan.. harga, insyaAllah, murah dan puas hati.

Tapi, untuk perkhidmatan rekaan yang lain juga kami ada sediakan, contohnya bunting , logo, kad nama , sticker dan sebagainya,

Untuk tahun baru 2015,
Saya telah buat satu rekaan kalendar yang comel, sesuai untuk kanak-kanak perempuan, al-maklum lah, empunya diri ni meminati sesuatu yang cantik dan comel-comel..jadi layankan saja.

Yang istimewanya kelendar ni..saya tambahkan tahun Hijrah, senang lah nanti nak rangka ganti puasa kan.hihihi..

Bukan tu sahaja, cuti-cuti sekolah dan cuti umum pun ada..suka tak?

Mulanya kalendar ni untuk di jual, sebagai kalendar meja. tapi..tapi.....
cari punya cari pembekal percetakan..harga untuk 100 unit lebih dari RM20..

"Manalah ada orang nak beli kelendar mahal-mahal..orang sekarang nak FREE je " 
ayat en.suami..luluh lah hati ni..

tak apalah, kami sedekah....insyaAllah hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..

Bawah ni kelendar AiNi.Canvas








Saya reka dengan penuh rasa cinta ni...al-maklum lah..untuk kegunaan sendiri juga.. 
Cantik pada saya, terbaik untuk anda.

Harap, anda menghargai dan suka dengan rekaan saya.
InsyaAllah.Ameen.

Sunday, 18 January 2015

Peneman hati mommy 1

22 Disember 2013,
Maka pada hari itu saya telah sah menjadi isteri kepada lelaki yang saya sangat suka..

Sebelum berkahwin, orang akan tanya 
"kau bila lagi?"

Selepas berkahwin.. orang akan tanya "da ada isi?"
haa.. itulah dia... Peneman hati mommy.

26 Disember 2013..
cik abang dah mula sibuk bekerja, kami mula berbulan pada 30 Januari 2014. di Pulau Pangkor, dengan harapan dapatlah baby Pangkor..tapi harapan tingal harapan..

Selepas kahwin, saya akan mengalami senggugut teruk. Mulanya fikir mungkin ada baby..tp period tetap keluar.. sengugut or period pain yang sangat teruk sampai tak daya nak bangun..en.suami risau. Perut pula mcm org preggy.

Mac 2014
Awal bulan mac en.suami ajak pergi scan kat Klinik An-Nisa Seksyen 7 sederet My Mydin market. Dia bawa ke klinik tu sebab doktor kat situ perempuan.

Scan punya scan, doktor bagi ubat tahan sakit total rm90.Mahal kn?..
Tapi itu bukan punca hati saya sedih, yang buat sedih..doktor kesan ada fibroid..time tu la juga saya terus men google..apakah itu???

Rupanya fibroid tu satu ketumbuhan di rahim. Bukan cancer tetapi mcm ada isi. 
Doktor ckp..saya dah ada sejak kecil tapi selepas kahwin baru aktif. 
Benda tu juga yang membuatkan saya sukar hamil + sakit sengugut yang kuat.

Mulanya sangat bersedih sebab doktor tak bagi apa-apa ubat pun. Saya tanya knape?
Doktor jawab sebab dia takut sebarangan ubat akan membuatkan fibroid tu lagi besar.
Saya terdiam.. saya berusaha untuk cari ubat. Saya mula men google.

April 2014
Jumpa lah Lumiglow..
Sanggup beli ni..harga rm198.. bagusnya bila pakai..sengugut dah tak kuat dah tapi tetap ada... Saya tak puas hati, saya google lagi, cari ubat yang sesuai...

May 2014
Orang nasihat pergi berurut..maka hasil carian tukang urut. 
Saya jumpa la Mak Cik Han duduk kat Kayu Ara Damansara.
Dia urut, dia ckp semua ok cuma ada mcm biji mcm kertas dlm rahim..

Dia suruh minum jus kunyit putih + temulawak + gula merah setiap malam. Kemudia tuam kt perut dengan batu sungai yang di panaskan...tapi.. setiapkali  period pun sakit senggugut juga..

Jun 2014
Time tengah sakit tu..saya mengoogle lagi.
Time tu period dah lewat 5 hari.sebelum period tu kami sekeluarga berjalan kat Langkawi..time sakit tu ingat gugur ke ape ke.

ok google punya google.sampai la jumpa GLA Shaklee.. 
Orang jual mahal2 rm145 macam tu..punyalah sedih..setiap bulan asyik keluar duit lebih dari seratus utk sembuh..

doa punya doa..tetibe ternampak page kawan time sekolah. Dia doktor kt Hospital Sg.Buloh..dan yang lagi happy dia agent Shaklee.
Dia jual kat saya murah bawah seratus..tq Maryam. 
Selepas makan tu dengan Asid Folik..saya dah kurang sakit.



Julai 2014
Period still lewat seminggu juga. tapi tak la sakit mcm selalu..
Mulanya ingat lekat la (ada baby) ..
Berangan ni nak puasa penuh sebulan..tapi bukan rezeki.Allah tak bagi lagi.dengan hati sedih.redho jela.
Time raya tengok orang mengandung..senyum je.bila org tanya cakap insyaAllah tunggu Allah bagi.

Ogos 2014
Period tak datang lagi..ubat GLA shaklee saya re-oder lagi.
Then en.suami minta saya wat UPT (Urine Pregnant Test) then Alhamdullillah.Amin ^_^



hi #penemanhatimommy

Hujung bulan 8, saya berdarah, mulanya ingat biasa sahaja..apabila lebih tiga hari, masih berdarah macam period, saya dan en.suami pergi klinik kesihatah Kelana Jaya, dari klinik, di tukar ke wad kecemasan hospital Sg. Buloh.

Time scan, baby masih berdenyut, doktor suruh saya bertahan dan buat macam biasa, doktor bagi tarikh lagi 2 minggu datang Hospital semula untuk pantau.

Darah tetap keluar, banyak dan saya mula keletihan.. semasa pergi hospital untuk temujanji yang kedua, doktor lain pula..Dia nasihat, saya berdoa untuk baby keluar secara semulajadi..kerana baby ni boleh membuatkan kesihatan saya terjejas.

Time tu, saya terdiam..terkedu..tak tahu nak buat macam mana, bincang dengan suami..macam mana? nak dapat baby punya susah, lepas tu kene gugurkan pula.

En.suami nasihat, tak apa, kita gugurkan dia.dan buat yang baru.InsyaAllah mesti ada rezeki.


September 2014 
Kerana saya tekanan perasaan sekejap,
Manalah saya tahan lihat darah sentiasa mengalir keluar dengan aliran yang banyak hampir setiap hari..

Malam tu saya minum air coke..
kemudain baby tu pun keluar. Macam satu ketul daging sebesar tapak tangan.
Dalam ada macam telur bulat warna kuning keemasan. Cantik, kelihatan ada urat-Urat darah halus.

Yup, Saya keguguran..ia bukan rezeki kami.

Kami suami isteri pandang, sayu hati..En.suami ambil, balut dengan tisu, tanam dekat kubur arwah mak kat Kota Damansara.

InsyaAllah, pasti ada yang lebih baik.Ameen.


Tuesday, 11 March 2014

Kerana dia (Kapten Noruddin Abdul Majid) membuatkan saya ingin bercerita.

Preview- info Kakinovel FB source TV3 



Kehilangan MH370 | Kembali Kepada Pencipta Alam

Host: "Tapi, apa bacaan kpt. daripada titik akhir (radar pesawat Boeing 777 MH370) itu?"
Kpt. Noruddin: "Hilang!"
Host: "Kemana?"
Kpt. Noruddin: "Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA"

Host: "Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?"
kpt. Noruddin: "ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA. Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
Host: "Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?"
Kpt. Noruddin: "DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU"

Kapten Noruddin Abdul Majid
~ Juruterbang Boeing 777 MAS




Then Cerita saya,

Saya teringat suatu kisah dari cikgu saya semasa sekolah dulu. Sedang kami rancak berbincang kewujudan dunia lain di alam ghaib yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Cikgu mula membuka satu kisah benar,

Sekolah yang saya pun sudah lupa namanya... telah mengadakan satu aktiviti perkhemahan di dalam hutan, biasa la, sampai di hutan ,kene pasang khemah, cari kayu , buat unggun dan semua lah..dan mula lah menjelang magrib, si ketua-ketua abang ni mula lah pangil semua berkumpul solat magrib berjemaah bersama-sama. Yang si kawan ni.. watak utama cerita ni.nama dia shafiq kot..tu je yang saya ingat, dia dan kawan dia kene pastikan semua budak-budak ke surau..mungkin mereka ada bina khemah yang besar di panggil surau ke ape ke tak tahu la.mungkin area perkhemahan tu disediakan surau ke.. 
si shafiq ni cakap kat kawan dia," xpe kau pergi surau dulu, aku nak check ada tak budak-budak yang tertinggal lagi.."

Dia pun check la...after semua clear dia pun nak pergi lah..tetibe dia dengar azan..dan dari jauh macam ada surau dan dia nampak ada beberape orang berjubah putih pergi ke surau tu.
dalam hati terdetik..penduduk tempatan kot.dia pun pergi la ke surau tu..selepas solat.dia tengok semua kt situ dan tiada seorang pun dia kenal.dia diam dan tunggu isyak.lepas isyak ada sorang lelaki tua datang tepuk bahu dia. tanya dia siapa, duduk kat mana, dia pun sembang-sembang la dengan orang tu...tetibe2 dia rasa gantuk sangat dan terus tertidur.

Bangun-bangun dia sudah ada kat hospital.First yang jadi, dia mula meracau , dia cakap dia nampak tu nampak ni..family dia semua risau, then ayah dia panggil ustaz yang selamat kan dia..ustaz tu cakap hijab dia dah terbuka.dan keistimewaan ini dia tak dapat nak bawa.Caranya, ustaz tu kene pergi hutan tu semula minta orang bunian tu tarik balik keistimewaan tu.

Nak tarik tu bukannya senang, orang bunian tu cakap si shafiq ni baik dan dia layak dapat keistimewaan tu. selepas di pujuk-pujuk barulah keistimewaan tu ditarik dan shafiq ni kembali normal.

Semasa kejadian,

Kawan shafiq ni dan semua budak-budak perkhemahan solat macam biasa, selepas solat..kawan shafiq ni cari dia.tak muncul-muncul..malam tu mereka beramai-ramai cari tapi tetap tak jumpa..pagi tu buat laporan bagai semua..perhilitan, orang ramai, polis, bomba tolang mencari juga tapi tetap tak jumpa-jumpa..yang kawan dia dah rasa bersalah sangat-sangat sebab tinggalkan si shafiq ni sorang-sorang.

Then selepas seminggu...semua dah stop mencari, mereka beri alasan mungkin si shafiq dah kene makan dengan binatang buas. ayah si shafiq tak puas hati sebab dia rasakan anak dia ni ada lagi.minggu berikutnya ayah shafiq datang bawa alim ulama ustaz-ustaz datang cari anak dia.dan si ustaz ni pun cakap la si shafiq ni di sorok bunian.kene cepat jika tidak mereka tidak akan jumpa si shafiq ni lagi.
Dengan kuasa Allah SWT..si shafiq ni pun muncul dengan keadaan tak terurus kering, kurang air dan tergantung pengsan pada dahan pokok. ayah dia dan ustaz-ustaz tu selamatkan dia dan terus bawa ke hospital.

Ustaz tu ada cakap..kalau ayah si shafiq ni lewat minta tolang, orang bunian ni dah ambil si shafiq ni jadi menantu. Allah lebih mengetahui dan doa ayah shafiq ni termakbul.tu yang dapat balik si shafiq ni.

Si shafiq ni pula..dia terkejut, bangun jer dari tidur dia nampak macam-macam makhluk aneh dan menakutkan.semua tempat ada..dia jadi trauma dan meracau.sekarang dia dah pulih dan tak nampak lagi semua tu. 

saya tanya cikgu saya..mahluk macam mana si shafiq tu nampak..cikgu dengar cerita yang si shafiq ni nampak mahluk loncat-loncat atas pagar, ada yang berkepak terbang-terbang macam-macam la.cikgu jadi takut bila dengar..cikgu ada cakap lg makhluk yang loncat-loncat tu loncat macam katak kt atas tembok.Tak tahu la macam mana si shafiq ni bercerita kan..kalau da meracau sangat-sangat tu..memang makhluk tu sangat gerun la kan.umm...

Moral Of story:

tak tahu la dapat membantu ke tak.. info yang dapat saya rungkaikan kt sini..

1. diantara time magrib dan isyak orang bunian tu..adalah bersamaan 2 minggu dengan alam kita..kn?

2. Doa family adalah yang terbaik dan usaha family adalah yang terbaik dari usaha orang luar..mungkin pertalian darah , keyakinan , harapan dan kepercayaan tu yang membawa shafiq pulang.

3. Ada banyak alam dan makhluk kat dunia ni yang kita tak tahu, jadi orang cakap..jagalah adab dan tingkah laku. Tp problemnye si shafiq ni baik..pun kene juga..mungkin dia dapat bunian yang baik..wallah hualam.

4.Jangan tanya saya siapa uztaz tu sebab saya pun tak tahu.yang saya tahu cerita ni benar la..biasa la pengalaman kempen sekolah kt dalam hutan kan..macam2 ada..cuma sampai tak sampai jer.

5.Si Shafiq tu pun saya tak kenal..huwaa....

baca boleh tp tak tahu la nak percaya atau pun tak..tapi....doa semoga semuanya ok.amin.




Saya doa semoga si kapal terbang kembali dengan baik-baik.
saya doa lagi..semoga semua orang dalam flight tu tidur dan tak kene macam si shafiq.kalau nak kene pun..biar la insan-insan yang terpilih semoga insan-insan ini terasa betape besarnya kuasa tuhan.Allah Maha Besar. dan menjadi pedoman kepada semua.amin.





Friday, 7 February 2014

Henna @ Inai di hari Perkahwinan 22/12/2013




Hukum Pemakaian Inai Mengikut Syarak.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Pemilihan corak inai untuk perkahwinan saya.

 Dulu tidak terlintas pun nak ada corak-corak design henna ni. Yang tahu pakai inai biasa je. tapi..tapi....setelah melihat Ayu Raudah kahwin, mula lah berkeinginan nak henna dengan corak yang cantik-cantik ni..pengaruh sangat kan?


henna yang cantik, membuatkan wajah lebih berseri.


 Bermula dari situ, saya bernazar, nanti adik saya and saya kahwin, saya akan usahakan juga untuk dapatkan henna yang cantik. Adik saya Shikin akan berkahwin pada 3 march 2013. jadi after dia tunang ada awal november 2012, terus saya ajak bf @ kery jalan-jalan sambil intai-intai di mana ada pakar membuat inai yang cantik.

 Tempat dating kami, kebanyakkannya di S.Alam coz kat situ tempat kami study dulu. UiTM Shah Alam.saya grade nov 2010 tp kery  grade oct 2011 macam tu. jadi banyak masa kami berjumpa di Shah Alam la jawabnya. Dia menyewa pun kat sana.

Akhirnya Jumpa Satu.

 Berjalan ke Tesco Extra dekat dengan roundboard Persiaran Tengku Ampuan, Persiaran Kayangan. Parking then masuk dalam Tesco tu, pergi ke tingkat atas.kt pintu Selamat Datang. Mak Cik yang buat henna tu ada kat situ, dia pakai henna tiub. ni henna kami yang assistant dia buatkan.


 Tangan saya sebelah kanan yang ada 3 kuntum bunga, kat tengah tangan kakak ipar Nani ada 2 kuntum bunga dan yang last tangan adik saya Shikin ada sekuntum bunga. satu tangan untuk corak saja dia charge rm5.00. untuk 2 tangan rm10. untuk kaki mahal.dia charge rm15 utk satu kaki. katanya coz kaki besar.untuk kat hujung jari pun charge lain.tp tu kami buat sendiri je.

 Kenapa saya 3 kuntum?coz saya lah orang yang terakhir dia inaikan. jadi mood dia macam bagus ..dia terus nak buat corak banyak-banyak kat tangan saya. Saya pun pasrah je la.haha.. asal cantik saya suka. ^_^

2nd Henna for Big Day.

 Untuk wedding saya pula pada 22 disember 2013, saya bercadang nak buat pada kedai yang sama, tapi adik lelaki saya Amad ajak buat kat Jalan Masjid India KL, dia cakap kat situ ada ramai indian girl boleh buatkan inai cantik-cantik. dalam hati risau takut tak cantik or takut nanti nampak macam Bollywood sangat. walhal saya ni simple-simple jer. dalam hati yang gusar, saya redhokan je. ikut je la.

 Pada 20 disember 2013, dengan hujan yang renyai-renyai, after maybank and kedai-kedai yang banyak jual tudung kat situ ada Indian-indian girl duduk atas kerusi plastik dengan bersari sambil kunyah Sireh..opps bukan girl tapi untie-untie.. dia cakap..mau buat inai adik, murah-murah satu tangan lima ringgit. 
 Saya pun cakap boleh la..sua kan je la tangan dengan demand cakap " i nak yang simple-simple je tau" dia cakap boleh. Kakak or untie yang macam moden sikit tu pun ambil tangan saya dan lukis inai. Mungkin tertera di riak wajah saya yang bermuka kan risau teramat la kot, dia pun mula cerita yang dia buatkan Henna untuk Siti Sarah Raisudin.

tak nampak sangat inai dia kan.

 Kakak tu cakap lagi, dia pun buatkan Liyana Jasmay punya. After saya dengar tu, sejuk lah hati coz pada saya cantik juga Liyana Jasmay punya inai. Cuma crowded je lah. tak minat. tapi finishing inai dia kemas.

crowded kan?

After dia siapkan inai saya, saya terdiam dan terus puas hati. total dua tangan sekali dengan hujung jari rm35.ok lah..cantik and kemas. tapi bunga dia nampak macam kotak sikit. ke saya yang cerewet?hahaha

Henna @ Inai saya.

Akak or untie Indian tu cakap, dia boleh pergi ke rumah tapi kene amik pakej rm150 untuk 3 orang, satu pengantin, 2 pengapit. pengantin tangan dan kaki dia buatkan. Nombor telifon dia saya lupa ambil lah.
Maklum lah tangan penuh inai. kalau sesiapa berminat, boleh la jalan-jalan ke Jalan Masjid India. Kalau tak jumpa, tanya orang. Jangan segan bertanya nanti sesat jalan.



Thursday, 6 February 2014

Mula terjebak dengan Blog.

Hi,

Untuk post permulaan, saya cerita tentang saya terjebak dengan blog ni la ya.

Before ini saya ada juga blog..dengan nama yang sama. Ainisham Noin, tapi..
Blog tu banyak sangat merapu-rapu then my husband tak suka.

1. Luahan Perasaan
 Yang mula perkenal kan blog ni..my Friend.. Fauzi, dia bagitau if baca blog ni bagus. Boleh tahu macam-macam ragam dan info-info yang menarik..tapi...tapi..banyak link yang dia bagi..banyak yang menjerumus ke luahan perasaan, nenek mengamuk la..perempuan putus cinta la..lelaki sedih la automatik saya pun terjebak la ke kancah mengunakan blog as luahan perasaan..then..hasilnya...bf a.k.a my husband tak suka..terpaksa hibernate and lastly baru determinate.



2. Share Information
 After that saya nak buat sesuatu yang baru, share something info yang berguna, or share cara pemikiran ke and share knowledge ke. It more better rather then merapu-rapu macam orang gila luah perasaan bagai. Pepatah ada cakap..satu ilmu kita share dengan orang sepuluh ilmu tuhan akan bagi kita. ini baguskan?


3. Side Income
 Kawan baik pun ada bagitau, if kita active dalam blog, kita boleh buat side income..then i tanya mcm mn tu..dia pun tak pasti..after i research puas2 baru saya tahu side income tu datang dari iklan y tetiba keluar kt tepi-tepi page blog kita..lagi ramai orang layari wall kita, lagi ramai la orang akan tengok iklan yang kedip2 kat tepi atas bawah wall tu..lagi banyak la duit si blogger tu dapat. adakah ini menarik perhatian saya?nope..that why la saya still tak active memblogger lagi.

4. Memenuhi masa & baiki penulisan
 Jadi kenapa saya mula memblog kan diri? ini kerana after married pada 22/12/2013.. bf saya telah sah lagi halal untuk menjadi ahli rumah. jadi suami.naik taraf sudah. so dia pasang unifi..then ...saya boleh online sambil tu masa lapang saya tidak la sia-sia.saya boleh menulis dan membaiki cara komunikasi saya..taaaraaaaa....

Penuhi hidup dengan mengunakan technology dengan sebaik-baik yang mungkin...see u all for the next entrance.. doakan saya rajin menulis.amin